Majlis Batch 05/06 dan 06/07

Wednesday, April 21, 2010

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum w.b.t kepada sohabiah Puteri yang dikasihi dan dihormati,

Demi menjalankan amanah sebagai SC Leader,saya ingin memohon maaf kerana kurang berupaya untuk menyusun jadual SC kita yg seterusnya sebelum PERUBATAN merehatkan semua program untuk pelajar tahun 4.

Minggu depan, hari Sabtu,24/4/2010 UPI akan anjurkan solat hajat dan sesi motivasi untuk semua senior. Oleh itu,saya dengan hormatnya mempersilakan semua PUTERI untuk hadir solat hajat ini. Solat hajat kali ni,sebagai memenuhi keperluan kita yang bakal menempuh peperiksaan Forensik dan untuk yang batch tahun 2 dan 3,sebagai post-practical examination. Walau selepas berusaha,kita perlu sentiasa berdoa.



Berikut adalah tentatif dan tempat untuk program minggu hadapan:
Tempat: Darul Rahmah
Tentatif: 4.45-5.00: Zikir
5.00-5.30: Slot motivasi `Road To Mumtaz`(oleh senior Tahun 5)
5.30-6.15: Slot istimewa `Untukmu Senior`
6.20-6.35: Solat Maghrib
6.35-6.50: Munajat
6.50-7.05: Tayangan Video
7.05-7.15: Makan dan pulang ke rumah

***SILA DATANG BERWUDHU`(bagi yang bersolat)
**Jamuan makan disediakan percuma untuk semua
Harap semua dapat hadirkan diri dan anggapla kehadiran antum semua sebagai membantu saya meringankan amanah yang terpikul,atas sebab kelemahan saya. Sokongan dan kehadiran anda sangat dihargai dan HANYA ALLAH yang mampu membalasnya.

Kita semua perlukan motivasi sepanjang kehidupan, Rasul jua sering dimotivasi oleh Allah dengan diceritakan kisah-kisah umat terdahulu.Memerlukan sokongan dan motivasi bukan sebagai petanda anda lemah,tetapi sebagai tanda anda `hidup`.Kita sendiri akui masa belajar Kemahiran Hidup Tingkatan 2 dulu,kalau menggunakan tenaga kerja manusia,antara kelemahannya--manusia mudah bosan untuk buat sesuatu pekerjaan yang sama sepanjang hidup.

Last but not least,People often say that motivation doesn`t last.Well, neither does bathing that`s why we recommend it daily.

0 comments:

 
PUTERI 06 - by Templates para novo blogger