KEMPEN BIAH SOLEHAH

Monday, March 8, 2010

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah 25 Febuari yang lepas telah selamat pelancaran KEMPEN BIAH SOLEHAH yang bertemakan CINTAKAN RASULULLAH PEMANGKIN BIAH SOLEHAH. Untuk pengetahuan PUTERI sekalian 6 fokus telah dipilih untuk diletak dan dipraktikan dalam kempen ini:
  1. Cintakan Rasulullah
  2. Tanam Mahmudah - Salam, Senyum dan Sangka Baik (3S)
  3. Hayya Alas Solah (Marilah Solat)
  4. Cover Aurat, Zero Ikhtilat
  5. Budaya Ilmu
  6. Teguh Sehati

Saya berharap kita semua sama-sama dapat memberi sokongan terhadap kempen bukan sekadar kempen dalam tempoh tertentu tetapi sebagai didikan untuk dijadikan amalan dalam hidup seharian kita. Kesedaran untuk menjayakan kempen ini adalah bertitik tolak daripada usul yang telah dicadangkan dan diterima semua juga kerinduan kita akan suasana harmoni yang pernah kita rasa suatu masa dahulu.

Biah solehah bukan mudah untuk terjemahkan dalam kehidupan masyarakat kini yang penuh dengan kecelaruan malah mungkin kita sendiri masih celaru. Itulah hakikat dakwah, dakwah itu tidak mudah. Mulakan dakwah dalam diri supaya dakwah itu inside-outside bukan sebaliknya.

Apakah Biah Solehah yang didambakan itu?
Suatu suasana yang menekankan 'amal maaruf, nahi mungkar' (lakukan kebaikan, cegah kemungkaran) yang merupakan suatu suasana yang damai dan menenangkan. Suatu suasana yang bakal melahirkan muslimin yang soleh dan muslimat solehah.

Firman Allah:
Seandainya penduduk sesebuah tempat itu beriman dan bertaqwa nescaya Kami akan bukakan kepada mereka pintu keberkatan yang luas daripada langit dan juga bumi. (Al-Araf: 26)

Semoga kita sama-sama dapat berusaha dan mewujudkan biah solehah walaupun ia adalah satu impian yang memakan tempoh yang lama untuk diterjemahkan sepenuhnya. Selamat beramal dan belajar.

(^_^) ~Cintakan Rasulullah Pemangkin Biah Solehah~

1 comments:

Mia Azhar said...

Assalam cik hijau.. Cer citer prlaksanaan kempen ni? Nk buat gak kt sek ana.. Haha.. Trimas.. Wamwa97@gmail.com

 
PUTERI 06 - by Templates para novo blogger